Monday, August 10, 2009

CERITA NASIHAT MENASIHATI



Dimana-mana saja di Kedah ni, kalau kita perhatikan, kita dapati akan kelihatan papan iklan yang memuatkan gambar Ustaz Azizan (MB) besertakan tafsiran petikan ayat A-Quran.

Inisiatif yang dibuat oleh Kedah Comm & Event (KCE) ini baik kerana sekurang-kurangnya akan sedikit sebanyak akan mengingatkan kita agar berbuat baik. Tetapi kenapa hanya "KEADILAN" saja yang ditekankan. Rasanya banyak lagi yang boleh diketengahkan.

CERMIN DIRI DAN BERMUHASABAHLAH, KOT-KOT KITA PUN ADA BUAT TAK KENA.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Wallahu'alam. Jika tak salah saya, ini salah satu cara mengindoktrinasi masyarakat sesebuah negeri atau negara supaya kagum akan peribadi personaliti pemimpin yang di tonjolkan.

    Didalam sains politik, ianya akan membuatkan sipemerhati poster atau banner mengaitkan individu yang wajahnya terpampang disitu dengan ungkapan atau slogan yang tertera bersama.

    Bagi pemerhati yang tidak mempunyai asas fikrah tersendiri yang mungkin tidak sedar akan perkembangan semasa, maka apa yang dilihatnya akan diterima sebagai fakta dan hakikat yang cuba diketengahkan.

    Hasilnya akan berlaku satu penerimaan sipemerhati bahawa apa yang dipaparkan itu sebagai satu kebenaran dan pencetusan pemujaan ideologi atau 'hero worshipping' tanpa disedar.

    Ingat tak bagaimana poster poster dan tugu tugu Saddam Hussein di dirikan merata rata didalam negara Iraq dahulu?

    Begitu juga dengan mana mana diktator sebelumnya.

    Ini semua mainan politik dan penerapan ideologi kultus.

    Terpulang kepada kita untuk berhati hati dengan sebarang modus operandi mana mana pihak didalam usaha mengindoktrinasi masyarakat.

    Memang baik jika dipaparkan maksud ayat ayat suci Al Quran seperti ini tetapi saya rasa tidak perlu meletakkan wajah mana mana pemimpin politik dipapan iklan umum seperti ini.

    Niat disebalik pemaparan wajah pempimpin politik itu apa?

    Apakah sebagai satu kaedah mencuci minda rakyat jelata bahawa sipolan yang diketengahkan itu seratus peratus suci?

    Kena fikir tentang cara cara pengindoktrinasian masyarakat dilakukan.

    Sedangkan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam melarang wajah baginda dilukis atau dirakam dan dijadikan bahan pemujaan, apakah halnya pula mereka yang berkuasa dizaman ini melanggar Sunnah Nabi itu?

    ReplyDelete