Sunday, August 23, 2009

MANUSIA TETAP MANUSIA

Akhbar perdana termasuklah media elektronik, baru-baru ini, heboh dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang mengatakan bahawa 'PENYOKONG UMNO TIDAK MASUK SYURGA'. Tapi kalau pemimpin PAS yang ada pernah buat onar @ sexual-harassment ka, kalau sampai sekarang pun mangsanya masih tak maaf-maafkan dosa dia, adakah boleh masuk syurga?
Sebab cara Tok Guru (pun orang politik jugak) cakap macam orang PAS maksum.
mahkotasabut;
sentiasa berdo'a agar ditempatkan dikalangan hambaNYA yang mendapat kejayaan di dunia dan akhirat

WARGANEGARA BERKUALITI


Kenyataan Tan Sri Sanusi Junid (mantan Menteri Besar Kedah dan Menteri Pertanian Malaysia) di akhbar Mingguan Malaysia baru-baru ini cukup menarik. Apatah lagi saranan beliau agar diperkenalkan Akta Lucut Kewarganegaraan disamping ISA.

mahkotasabut;
Kalau ini dapat dilaksanakan maka Malaysia mungkin akan mempunyai hanya warganegara yang benar-benar tulen dan setia.




Monday, August 10, 2009

CERITA NASIHAT MENASIHATI



Dimana-mana saja di Kedah ni, kalau kita perhatikan, kita dapati akan kelihatan papan iklan yang memuatkan gambar Ustaz Azizan (MB) besertakan tafsiran petikan ayat A-Quran.

Inisiatif yang dibuat oleh Kedah Comm & Event (KCE) ini baik kerana sekurang-kurangnya akan sedikit sebanyak akan mengingatkan kita agar berbuat baik. Tetapi kenapa hanya "KEADILAN" saja yang ditekankan. Rasanya banyak lagi yang boleh diketengahkan.

CERMIN DIRI DAN BERMUHASABAHLAH, KOT-KOT KITA PUN ADA BUAT TAK KENA.

PEMUDA UMNO KEDAH LESU

  1. Pilihanraya Kecil Permatang Pasir telah ditetapkan pada 25hb Ogos 2009 oleh SPR. Ini bermakna Barisan Nasional (BN) sekali lagi akan berentap bagi memenangi kerusi DUN tersebut yang sekian lama menjadi milik PAS.
  2. Oleh yang demikian UMNO baru-baru ini telah menyatakan pendirian untuk bertanding di DUN tersebut.
  3. Mahkotasabut dimaklumkan bahawa baru-baru ini Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Saudara BadrulHisham, telah mengadakan sidang medianya bagi menyatakan kesediaan pasukannya untuk membantu memenangkan BN dalam PRK tersebut.
  4. Apa yang menyedihkan sidang media tersebut hambar dan "kosong", sehinggakan pihak media sendiri tak tahu apa yang patut ditulis dan dimuatkan sebagai "story"' mereka.
  5. Sehingga ada yang mengeluh, hai macam ni je ke PEMUDA UMNO KEDAH? Strategi menawan hati rakyat tak ada, berapa ramai tenaga kerja pemuda tak ada, macam tak nak menang je....

PM KATA, KALAU NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG ! SENANG JE BEB.

Wednesday, August 5, 2009

PERPADUAN

Dimana-mana saja persidangan UMNO akan kedengaran oleh kita kata-kata perpaduan samada oleh Ketua Bahagian mahupun ketua-ketua sayap, Pemuda, Wanita dan Puteri.
Adakah perpaduan itu benar-benar wujud dalam ertikata sebenar atau hanya sekadar retorik sementara menanti detik penangguhan mesyuarat. Contohnya; pergerakan Wanita Bahagian Merbok, dengar kata punyalah tak begitu mesra sikap antara ketua dan naib sehingga membawa kepada perletakkan jawatan naibnya. Apalah nasib ye.. Bahagian Merbok.
BETA DENGAR MANTAN CALON BEBAS PRK BUKIT SELAMBAU DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH BAHAGIAN MERBOK. BERMUHASABAHLAH, DULU JANJI NAK TERIMA SEMUA YANG IKUT TUN!

Melayu oh! Melayu

Orang yang paling bengang bila Majlis Bandaraya Alor Setar robohkan kandang babi ialah pemimpin PAS Kedah. Kononnya inilah konspirasi JAHAT, MBAS dan pemimpin BN Kedah untuk melaga-lagakan parti-parti kempunan dalam PR terutamanya DAP.
TAPI !, ya ada tapinya, bila kandang dah bersepai dan ramai penduduk bersorak suka kerana keberanian MBAS dan berakhirnya episod busuk mengaum maka ramailah yang tepuk dada nak jadi champion. Kini pemimpin PAS ke mana-mana pun menjaja bahawa usaha merobohkan kadang tersebut adalah hasil tindakan tegas mereka demi rakyat.
Lembu punya susu, sapi dapat nama.